Tuesday, August 31, 2010

Sehelai Kain Buat Penganggur

Kemahuan muncul hendak mencari sesuatu

Disapa teman yang mahu ke jalan TAR

Seperti ketahuan apa yang muncul di fikiranku itu

Dimana ada kemahuan, di situ ada ajakan

Mengikut rentak JAM jalanan di malam Merdeka

Menapak jauh parking mencari arah tujuan itu


Berdesas desus mat motor berkerumun di jalanan

Aku perhati apalah motif hidup mereka sebenarnya

Berlegar2 membawa cewek masing2 dibelakang

Dengan bangganya mereka mengikat bendera Malaysia di badan


Pencarian aku teruskan

Selepas sekian lama tidak mencari baju Melayu baru

5 tahun menahan kehendak diri

Jumpa jua apa yang ku cari

Dikatakan teman, berbelanja itu "biarlah mcm org takde duit"

Keseronokan aku hendak membeli sampai 2pasang..aku saja2 bergurau mahu

COLOUR Alam rimba juga pilihan aku

Niat aku hendak kain baru tercapai jua


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma~

Saturday, August 28, 2010

Need FANTASTIC ADVENTURE

Why don't we go and take a trip
And get away somewhere?
Why don't we go and take a trip
And get away somewhere?

A place with sand
And sky so blue
The city lights
A view for two

I don't mind
We can go somewhere
Anytime
Say the word, I'm there
We could travel to the jungle and camp all night
Or lie on a beach from dusk 'til light
Or stay at a hotel, watch tv
Or scale a mountain peak

Why don't we go and take a trip
And get away somewhere?
Why don't we go and take a trip
And get away somewhere?

Thursday, August 26, 2010

Keseronokan

Kenapa harus terjadi

Apabila tiba

Musim Perayaan

Seperti

Hari Raya...

Manusia berlumba2 untuk mencederakan diri

Baru start puasa dah ada manusia parah bermain MERCUN..MERIAM BULUH

Ada juga kanak2 yang melantun 15 meter meninggal tersadai di atas pokok

Mercun menjadi pembunuh utama..

Even kalau dah dirampas pihak berkuasa

Tetap dijual balik, "PROFIT KATANYA"

Bila tiba beberapa hari b4 raya pula..

Macam2 kenderaan pula mula menunjukkan skill

Ada yg jadi tin, ada yg mencium longkang, dan ada juga tak dapat dikenalpasti

Semuanya gara2 nak sampai cepat and sikap tidak sabar itu

Kita sebenarnya sambut hari raya untuk menyambut kemenangan berpuasa sebulan itu

Tapi ada yang lebih pentingkan raya dari berpuasa

Belum start berpuasa..lagu raya seminggu dah berkumandang

Baju raya sudah ditempah bagai nak rak..

Masing2 berlumba fikir nak buat Open House cepat2 and terbesar


Sampaikan mereka lupa menghayati bulan puasa itu


Kerana mengejar Hari Raya~


Bertuahnya Wanita Punggung Besar

Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat. Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.

“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. – Agensi

Kalau betul seks boleh mengurangkan kebarangkalian serangan jantung di kalangan lelaki, mereka yang dah kahwin patut ambil kesempatan ni. Haha. Selain dapat pahala, dapat juga bersenam untuk kesihatan.

Mereka yang belum kahwin tu, kalau rasa dah sampai masa, kahwin je la cepat-cepat. Jangan pula berzina. Untuk yang perempuan, anda dah ada lagi satu sebab untuk tidak malu malah berbangga jika memiliki punggung yang besar!!

Tuesday, August 24, 2010

Hidup penuh Egoistik

Tak pernah berubah
TAK PERNAH

Hidup sepatutnya dia yang cari rezeki
Tapi sebaliknya..
Terlalu bergantung kepada pasangan
Diri sendiri tak fikir inisiatif cari rezeki

Ada panggilan mahu menempah barang pon
Sudah difikir negatif
Tolonglah fikir..itulah rezeki untuk mencari duit
Inikan pulak dimaki2 jangan diguna telefon lagi
Jangan dilayan lelaki itu

Masalahnya lelaki tuh lelaki lembut
Dia mahu order barang
Then tak boleh jual meh??
Apa lah punya otak..

Kalau nak jeles pon biarlah bertempat
If asyik nak menangje tak mahu dengar penjelasan
Tak payahlah jadi manusia
Nak pura2 tahu semua benda
JUARA itu mencengkam diri

Baik hidup sorang2!!!

*Time nak kawin, macam2 janji..apa tugas suami isteri? FIKIR balik!!! Kenapa anda kahwin!!

Monday, August 23, 2010

Pasukan PLAYGROUND

Ditaman itu..ada BUNGA yang cantik

Ia tumbuh meliar dengan haruman yang semerbak2nya

Tiada siapa dapat menafikannya

Hinggakan si KUMBANG yang pandai berbicara

Memainkan peranan dengan rentak gerak gerinya

Mengejar apa yang ada didepan matanya

Disaat mula berkenalan semuanya indah sekali

I help u, u tolong i..

Sampailah disuatu saat timbul suasana itu..

“Bagaikan sekumpulan ikan sardin berenang dari hujung kaki sampai ke otak”

Maka mereka pon bersama2 mengayuh rancangan hendak bersama2

*Tapi tanpa ikatan yang sah

Setiap saat, minit, jam, hari..hati mereka bergelora

Start dengan usik mengusik

Sampailah ke sikitje..sikitje..

Apabila sudah Professional

Bermain Jongkang-Jongket antara mereka sudah suatu kemestian..

Happy sungguh sehingga lupa akan kesan2nya

Nikmat sementara membuai diri masing2

I dah bagi u peluang, u jangan tinggal I tau

Kata si BUNGA kepada si KUMBANG

Apakan daya, lampu emergency didada mengelip2

Menunjukkan suatu keadaan yang tak diduga

Si Bunga terkejut, Diberitahunya si KUMBANG perlulah RESPONSIBLE

Maka kebiasaannya, ia akan terjadi seperti ini

Si BUNGA naik di depan

Si KUMBANG naik di belakang

Sesudah membesar perut si BUNGA, masih mahukah si KUMBANG bertanggungjawab?

Apa yang dia akan buat? Hanyalah berundur or mengundurkan diri ke belakang dari si BUNGA.. “Not my mistake”..katanya

Sayangilah maruah anda dan ZURIAT anda. Jangan jadikan hubungan yang belum pasti itu sebagai PLAYGROUND.

Sunday, August 22, 2010

Menemui Ajal

Kucing oh kucing

Kebanyakkan kucing dah tak macam dulu

Mereka semuanya sudah bertukar haluan

Berubah Kapal

Santapan sekarang lagi mantap

Dengan nikmat2 yg diberi tuan mereka

Nampak saja tuan mereka, berkumpul2 hendak ikut kaki

Gesel badan mereka ke kiri..ke kanan kaki manusia

Aktiviti kegemaran..lebih kepada menggemukkan diri then tidur

Apa mereka kisah??

Tanpa kucing2 itu sedari..santapan kegemaran mereka yg dahulunya..

Boleh didapati di tepi longkang2

Yang berkeliaran setiap malam

Memakan sampah sarap

Dan melakukan senaman

Sampaikan size mereka sekarang

Kebanyakkannya ada yg sebesar anak kucing

Itu adalah Tikus generasi baru

Kini kembali menyengat dunia

Selamba muncul didepan manusia

Kucing tengok pon takut nak kejar

Apa sudah jadi?

Bukankah mereka sangat geram dengan tikus?

Atau itu Cuma mitos?

Beberapa minggu lepas..

Aku bangun setiap pagi

Agak terkejut

Pasti ada tikus mati!!

2 3 ekor sekali mampus..

Di luar rumah

Aku mencari....

Siapakah yang mempunyai kuasa tersembunyi itu

Yang berani

Kachak, berani membunuh…

Itulah kucing betina yang tak aku duga

Tahniah PUTIH..Anda sudah grad dari sekolah kucing

Tak perlu aku panggil Pemusnah itu~

Saturday, August 21, 2010

Kamu Spektakular

Terseru rasa jiwa-jiwa
Cinta buatan Malaysia

Imaginasi luar biasa
Kau bunuh cinta tak setiba

Hela nafas panjangmu
Sempat bunuh egoku

Jangan kau takut
Jangan kau rayu
Jika kau benar
Kau spektakular

Friday, August 20, 2010

Ada Apa Dengan Nama..

Dalam Negara kita ini..dah ramai SuperHero2 yang masing2 mempunyai karikatur “Hulurkan tangan ringankan beban”. Pelbagai aktiviti diatur mereka demi menunjukkan keperihatinan dan menunjukkan Caring itu biarlah dari Heart. Rancangan2 seperti BersamaMu, Aduan Rakyat, dan berbagai lagi mencelah dicelah2 ruang rakyat yg susah hendak bernafas itu demi meringankan kehidupan asasi rakyat.

Tetapi berapa ramai yang betul2 sanggup membantu? Adakah ianya demi mengejar nama ataupun ianya adalah monolog yang telah diatur demi kehidupan politikus mereka itu. Hari demi hari berlalu, bermacam2 berita tentang kisah hidup manusia timbul di kotak cahaya yang bernama televisyen itu. Dari hitam putih sampailah sudah bercolour sekarang.

Yang paling memeriahkan majlis di Malaysia ini, akan dapat kita lihat bila ada Kisah2 manusia dari Palestin itu. Apabila Gaza diserang golongan Rejim Israel yang tidak berperikemanusian, dan rakyat yang teraniaya di Gaza memerlukan bantuan..berkejar-kejaran dapat dilihat Golongan yang senyap2 sebelum ini mengangkat tangan mahu menyumbang demi menunjukkan itulah keperihatinan mereka. Berebut-rebut bantuan mereka nyatakan..dari segi cek, pakaian, makanan and macam2 lagi.

RAKYAT MALAYSIA yang susah bagaimana? Bila timbul dikaca tv tentang keperitan hidup sesetengah rakyat yang susah..dimana mereka yang berlumba2 hendak menderma or membantu itu? Mujur jugalah ada yang sudi membantu..itu sudah baik. TAPI bila tentang rakyat diluar..masing2 jadi jaguh. Dengan rakyat sendiri, KENAPA mereka menyepi?

Mereka ini sudah seperti “KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN”.

-Jangan HANYA KERANA MENGEJAR NAMA-