HOUSTON - Golongan wanita yang curang dengan lelaki lain boleh menyalahkan hormon berhubung tindakan mereka itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut satu kajian, wanita yang mempunyai paras hormon seks estrogen yang tinggi didapati tidak berpuas hati dengan pasangan mereka sekali gus mudah berlaku curang.
Kajian yang dijalankan oleh seorang saintis, Dr. Kristina Durante dari University of Texas di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati wanita seperti itu biasanya mempunyai bentuk fizikal yang menawan.
Dr. Durante berkata, dalam kajiannya dia mendapati wanita jelita lebih cenderung menggunakan kelebihan mereka itu untuk mencari pasangan terbaik.
"Wanita jelita bukan sahaja mempunyai banyak pilihan untuk memilih pasangan tetapi mereka juga mempunyai standard tinggi yang sukar dipenuhi lelaki," katanya.
Menurutnya, dalam kajian itu, dia mengukur paras oestradiol yang merupakan satu bentuk hormon estrogen terhadap 52 pelajar wanita sebelum melakukan satu soal selidik.
Penemuan itu mungkin menjelaskan kenapa beberapa aktres jelita kerap menjalin hubungan sulit seperti Meg Ryan dan Tori Spelling.
Spelling yang sudah berkahwin pernah tidur dengan aktor Dean McDermott manakala Meg menjalin hubungan dengan pelakon Russell Crowe ketika dia masih menjadi isteri Dennis Quaid. - Agensi (Dipetik dari Kosmo Newspaper -15 Jan 09)
Sunday, January 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
haha..no wOnder saya sgt SETIA!!~
reason 4dat? ngehehe..
sbb saya xchantek!!
org yg cantek je suka curang..haha
pastike xchantek? haha..kamu ade specialty dlm diri kamu kan...pasti ade.. :P
ko ni da knape dok post mende cmni? da gtal sgt nk kawen>? hahahaha..!!
haha..aku juz kongsi benda2 yg btulje...
Post a Comment