Wednesday, December 10, 2008

story juger cerite2...



every khamis....aku xkan miss tgk cite nie ( Rona Roni Makaroni )...klaka giler...khamis malam 9 mlm..astro ria.


Drama komedi romantik ini mengisahkan kisah percintaan tiga segi antara Roni, Rona dan Gia. Roni adalah merupakan seorang tukang masak/tuan punya sebuah restoran Perancis dia Kuala Lumpur. Roni mempuntai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Perancis dahulu.

Satu perkara tentang Roni ialah dia gemar memasak. Dan masakannya hebat apabila dia ‘in love’. Sebab itu ketika dia bercinta dengan Gia, Roni akan sentiasa memasak untuk kekasihnya. Antara menu kegemaran Gia ialah Macaroni and Cheese sentuhan Roni.


Disebabkan cinta jugak Roni berazam mahu membuka sebuah restoran Perancis untuk diusahakan mereka bersama sekembalinya mereka ke Perancis setelah tamat pengajian. Namun bukan semua yang dirancang menjadi kenyataan apabila sekembalinya mereka berdua di ke Perancis, setelah restoran Perancis yang bernama GiaMacaRoni dibuka tiba tiba Gia mendapat tawaran berlakon dari sahabat lamanya.Tawaran ini membuatkan Gia benar benar teruja dan dengan restu Roni (meskipun berat pada awalnya tapi demi cinta dia akur) akhirnya Gia menjadi seorang pelakon. Semenjak dari hari itu Gia mula popular sebagai pelakon sehingga mengabaikan restoran yang sepatutnya diusahakan secara bersama dengan Roni.







1 comment:

paCat said...

aku mmg suka mkan makaroni !