Thursday, October 28, 2010

Muda

Melihat situasi suasana diclass agak membosankan
Tanpa ada kelibat cikgu yang akan masuk ke kelas untuk mengajar
Kami mengatur rancangan untuk fly pergi melepak
Terletaknya kelas ditepi pagar tembok menyenangkan kerja kami

Sorang2 memanjat keluar dari pagar tembok sekolah
Dan destinasi yang dituju biasanya rumah kawan disebelah sekolah sahaja
Antara menonton televisyen or mereka melakukan aktiviti yang ape2 entah
Ataupun pergi berperang sesama geng2 masing2 yang telah ditubuhkan
Counter Strike kegilaan kami

Pada suatu hari..
Hatiku rasa kurang senang dan tidak join mereka fly
Tahu2 saja keluar berita dari cikgu Disiplin yang mengatakan ada pelajar accident
Aku terkejut..
Setelah aku selidik apa yang terjadi
Rupanya mereka gatal2 hendak bawak kereta salah sorang abang dari mereka
Dan tidak dapat mengawal kereta lalu langgar tembok rumah orang berdekatan sekolah

Kini semuanya sudah berlalu
Aku pun sudah habis belajar
Mereka semua pon jarang sudah yang mengenali aku
Cuma ada sorang kawanku yang bagus
Sudah banyak berubah

Bila panggil nama samarannya..
Yang mewakili team games C.Strike Malaysia
Dia marah...aku pelik
"Hey..itu 7tahun yang lalu"
Aku dah BERUBAH..

Panggil aku dengan Nama penuh Aku..

Wednesday, October 13, 2010

Saat Cornetto

Saya..saya..saya

Saya Suka Awak

Saya suka awak..

Errkk..

Tapi..

Awak suka saya ke??


*Awak takut face 2 face, gila kentang..
Suka mengatakan diri itu comot..
Semoga bas yang awak naik selamat sampai ke destinasi..

Thursday, September 23, 2010

Menekan Remote Control

Phreeeetttt....bunyi wisel Polis Trafik

Jalan2

Kiri2 jalan

Kanan kanan


Aktiviti yang sama dilakukan setiap hari

Semuanya telah ditentukan dan dikawal mengikut citarasanya

Apa jua yang dibuat..mestilah mengikut kata2nya

Setiap hari diajar..itu ini..

Ajaran yang budak kecik tahu tapi mengulang benda sama

Pandangan diberi tapi tetap dia mahu menang

Pendapat tetap tak boleh diberi..

SALAH2..

Dia sahaja yang betul..ikut ikut ikut

Bagaikan hidup itu zombie..tanpe arah tuju..


( Phreeetttt!!! ) pegang macam nie

(Phreeetttt!! ) cara balut macam nie

(Phreeetttt! ) semuanya ada CARAnya


Macam mana kalau hari2 manusia itu ditekan seperti Remote Control?
Tekan channel ni itu yang perlu dibuat..channel itu itu pula..then next next next..

Ikut Boleh...Boleh Ikut..Hari2 ikut? TAK BoLeh

Monday, September 20, 2010

Kemahuan itu keperluan

Papa asal bergaya
Lupakan sengketa
Hidup mesti gembira
Jangan rosakkan jiwa

Sejauh manakah manusia itu
akan membawa perilaku sedemikian..

Asalkan mereka bahagia dengan aktiviti itu~

Thursday, September 9, 2010

DESTINASIKU

HARI RAYA AIDILFITRI = JUMAAT

Dari KL aku bergerak ke kampung halamanku...

Kelantan dituju dan petang ni bergerak pula ke Terengganu

Buat teman2 yang mengenaliku..

inginku mohon ampun dan maaf banyak2 jika ada salah silap

terkasar bahasa..terbuat muka moody

or anything

maka dengan ini inginku ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI!!!


*Makan diHARI RAYA itu berhati2..jangan sampai terlebih DOS2 yang dibenarkan.. :)

Saturday, September 4, 2010

Rentak Kepupusan

Sesuatu yang indah dipandang

Yang menyejukkan hati itu

Bukanlah suatu yang senang untuk didapati


Memang kita manusia ini teramat mudah terpedaya

Dengan mainan duniawi yang menyelubungi mata masing2

Bagaikan terpengaruh dengan produk mahal

Diri itu sentiasa ke arah suasana materialistik


Bila difikirkan semula

Hendak mencari seseorang yang benar2 bersih

Saling bertoleransi dan memahami

Idaman semua jejaka

Kini amat sukar


Jenis permata itu kini semakin pupus

Yang menghargai dirinya dan meletakkan dirinya di suatu sudut

Dimana dia akan menyerah kepada teman hidupnya

Segala2nya tentang dirinya

Inside and outside

Akan hanya disharing

Bila sudah direstui kedua2 belah parents masing2


Inikan tidak....

Belum lagi apa2, sudah tahu semuanya

Selok belok primitif yang disukainya

Private part itu sudah dihafal macam Peta

Kanan baik, kiri baik punya

Dijelajahnya habis habisan

Tanpa belas kasihan


Apa lagi yang ada?

Jika everything sudah menjadi kebiasaan

Tak ada lagi yang special

AGAK2 ada lagikah suasana keseronokan itu?


Dimanakah akan ku jumpa Pari2 itu
Yang sentiasa menjaga tingkah perilakunya
Ke arah kebahagian dunia dan akhirat
Aku masih mencari~


Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca

Yang tak bisa disentuh

Namun hanya boleh dipandang

Tuesday, August 31, 2010

Sehelai Kain Buat Penganggur

Kemahuan muncul hendak mencari sesuatu

Disapa teman yang mahu ke jalan TAR

Seperti ketahuan apa yang muncul di fikiranku itu

Dimana ada kemahuan, di situ ada ajakan

Mengikut rentak JAM jalanan di malam Merdeka

Menapak jauh parking mencari arah tujuan itu


Berdesas desus mat motor berkerumun di jalanan

Aku perhati apalah motif hidup mereka sebenarnya

Berlegar2 membawa cewek masing2 dibelakang

Dengan bangganya mereka mengikat bendera Malaysia di badan


Pencarian aku teruskan

Selepas sekian lama tidak mencari baju Melayu baru

5 tahun menahan kehendak diri

Jumpa jua apa yang ku cari

Dikatakan teman, berbelanja itu "biarlah mcm org takde duit"

Keseronokan aku hendak membeli sampai 2pasang..aku saja2 bergurau mahu

COLOUR Alam rimba juga pilihan aku

Niat aku hendak kain baru tercapai jua


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma~

Saturday, August 28, 2010

Need FANTASTIC ADVENTURE

Why don't we go and take a trip
And get away somewhere?
Why don't we go and take a trip
And get away somewhere?

A place with sand
And sky so blue
The city lights
A view for two

I don't mind
We can go somewhere
Anytime
Say the word, I'm there
We could travel to the jungle and camp all night
Or lie on a beach from dusk 'til light
Or stay at a hotel, watch tv
Or scale a mountain peak

Why don't we go and take a trip
And get away somewhere?
Why don't we go and take a trip
And get away somewhere?

Thursday, August 26, 2010

Keseronokan

Kenapa harus terjadi

Apabila tiba

Musim Perayaan

Seperti

Hari Raya...

Manusia berlumba2 untuk mencederakan diri

Baru start puasa dah ada manusia parah bermain MERCUN..MERIAM BULUH

Ada juga kanak2 yang melantun 15 meter meninggal tersadai di atas pokok

Mercun menjadi pembunuh utama..

Even kalau dah dirampas pihak berkuasa

Tetap dijual balik, "PROFIT KATANYA"

Bila tiba beberapa hari b4 raya pula..

Macam2 kenderaan pula mula menunjukkan skill

Ada yg jadi tin, ada yg mencium longkang, dan ada juga tak dapat dikenalpasti

Semuanya gara2 nak sampai cepat and sikap tidak sabar itu

Kita sebenarnya sambut hari raya untuk menyambut kemenangan berpuasa sebulan itu

Tapi ada yang lebih pentingkan raya dari berpuasa

Belum start berpuasa..lagu raya seminggu dah berkumandang

Baju raya sudah ditempah bagai nak rak..

Masing2 berlumba fikir nak buat Open House cepat2 and terbesar


Sampaikan mereka lupa menghayati bulan puasa itu


Kerana mengejar Hari Raya~


Bertuahnya Wanita Punggung Besar

Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat. Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.

“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. – Agensi

Kalau betul seks boleh mengurangkan kebarangkalian serangan jantung di kalangan lelaki, mereka yang dah kahwin patut ambil kesempatan ni. Haha. Selain dapat pahala, dapat juga bersenam untuk kesihatan.

Mereka yang belum kahwin tu, kalau rasa dah sampai masa, kahwin je la cepat-cepat. Jangan pula berzina. Untuk yang perempuan, anda dah ada lagi satu sebab untuk tidak malu malah berbangga jika memiliki punggung yang besar!!

Tuesday, August 24, 2010

Hidup penuh Egoistik

Tak pernah berubah
TAK PERNAH

Hidup sepatutnya dia yang cari rezeki
Tapi sebaliknya..
Terlalu bergantung kepada pasangan
Diri sendiri tak fikir inisiatif cari rezeki

Ada panggilan mahu menempah barang pon
Sudah difikir negatif
Tolonglah fikir..itulah rezeki untuk mencari duit
Inikan pulak dimaki2 jangan diguna telefon lagi
Jangan dilayan lelaki itu

Masalahnya lelaki tuh lelaki lembut
Dia mahu order barang
Then tak boleh jual meh??
Apa lah punya otak..

Kalau nak jeles pon biarlah bertempat
If asyik nak menangje tak mahu dengar penjelasan
Tak payahlah jadi manusia
Nak pura2 tahu semua benda
JUARA itu mencengkam diri

Baik hidup sorang2!!!

*Time nak kawin, macam2 janji..apa tugas suami isteri? FIKIR balik!!! Kenapa anda kahwin!!

Monday, August 23, 2010

Pasukan PLAYGROUND

Ditaman itu..ada BUNGA yang cantik

Ia tumbuh meliar dengan haruman yang semerbak2nya

Tiada siapa dapat menafikannya

Hinggakan si KUMBANG yang pandai berbicara

Memainkan peranan dengan rentak gerak gerinya

Mengejar apa yang ada didepan matanya

Disaat mula berkenalan semuanya indah sekali

I help u, u tolong i..

Sampailah disuatu saat timbul suasana itu..

“Bagaikan sekumpulan ikan sardin berenang dari hujung kaki sampai ke otak”

Maka mereka pon bersama2 mengayuh rancangan hendak bersama2

*Tapi tanpa ikatan yang sah

Setiap saat, minit, jam, hari..hati mereka bergelora

Start dengan usik mengusik

Sampailah ke sikitje..sikitje..

Apabila sudah Professional

Bermain Jongkang-Jongket antara mereka sudah suatu kemestian..

Happy sungguh sehingga lupa akan kesan2nya

Nikmat sementara membuai diri masing2

I dah bagi u peluang, u jangan tinggal I tau

Kata si BUNGA kepada si KUMBANG

Apakan daya, lampu emergency didada mengelip2

Menunjukkan suatu keadaan yang tak diduga

Si Bunga terkejut, Diberitahunya si KUMBANG perlulah RESPONSIBLE

Maka kebiasaannya, ia akan terjadi seperti ini

Si BUNGA naik di depan

Si KUMBANG naik di belakang

Sesudah membesar perut si BUNGA, masih mahukah si KUMBANG bertanggungjawab?

Apa yang dia akan buat? Hanyalah berundur or mengundurkan diri ke belakang dari si BUNGA.. “Not my mistake”..katanya

Sayangilah maruah anda dan ZURIAT anda. Jangan jadikan hubungan yang belum pasti itu sebagai PLAYGROUND.

Sunday, August 22, 2010

Menemui Ajal

Kucing oh kucing

Kebanyakkan kucing dah tak macam dulu

Mereka semuanya sudah bertukar haluan

Berubah Kapal

Santapan sekarang lagi mantap

Dengan nikmat2 yg diberi tuan mereka

Nampak saja tuan mereka, berkumpul2 hendak ikut kaki

Gesel badan mereka ke kiri..ke kanan kaki manusia

Aktiviti kegemaran..lebih kepada menggemukkan diri then tidur

Apa mereka kisah??

Tanpa kucing2 itu sedari..santapan kegemaran mereka yg dahulunya..

Boleh didapati di tepi longkang2

Yang berkeliaran setiap malam

Memakan sampah sarap

Dan melakukan senaman

Sampaikan size mereka sekarang

Kebanyakkannya ada yg sebesar anak kucing

Itu adalah Tikus generasi baru

Kini kembali menyengat dunia

Selamba muncul didepan manusia

Kucing tengok pon takut nak kejar

Apa sudah jadi?

Bukankah mereka sangat geram dengan tikus?

Atau itu Cuma mitos?

Beberapa minggu lepas..

Aku bangun setiap pagi

Agak terkejut

Pasti ada tikus mati!!

2 3 ekor sekali mampus..

Di luar rumah

Aku mencari....

Siapakah yang mempunyai kuasa tersembunyi itu

Yang berani

Kachak, berani membunuh…

Itulah kucing betina yang tak aku duga

Tahniah PUTIH..Anda sudah grad dari sekolah kucing

Tak perlu aku panggil Pemusnah itu~

Saturday, August 21, 2010

Kamu Spektakular

Terseru rasa jiwa-jiwa
Cinta buatan Malaysia

Imaginasi luar biasa
Kau bunuh cinta tak setiba

Hela nafas panjangmu
Sempat bunuh egoku

Jangan kau takut
Jangan kau rayu
Jika kau benar
Kau spektakular

Friday, August 20, 2010

Ada Apa Dengan Nama..

Dalam Negara kita ini..dah ramai SuperHero2 yang masing2 mempunyai karikatur “Hulurkan tangan ringankan beban”. Pelbagai aktiviti diatur mereka demi menunjukkan keperihatinan dan menunjukkan Caring itu biarlah dari Heart. Rancangan2 seperti BersamaMu, Aduan Rakyat, dan berbagai lagi mencelah dicelah2 ruang rakyat yg susah hendak bernafas itu demi meringankan kehidupan asasi rakyat.

Tetapi berapa ramai yang betul2 sanggup membantu? Adakah ianya demi mengejar nama ataupun ianya adalah monolog yang telah diatur demi kehidupan politikus mereka itu. Hari demi hari berlalu, bermacam2 berita tentang kisah hidup manusia timbul di kotak cahaya yang bernama televisyen itu. Dari hitam putih sampailah sudah bercolour sekarang.

Yang paling memeriahkan majlis di Malaysia ini, akan dapat kita lihat bila ada Kisah2 manusia dari Palestin itu. Apabila Gaza diserang golongan Rejim Israel yang tidak berperikemanusian, dan rakyat yang teraniaya di Gaza memerlukan bantuan..berkejar-kejaran dapat dilihat Golongan yang senyap2 sebelum ini mengangkat tangan mahu menyumbang demi menunjukkan itulah keperihatinan mereka. Berebut-rebut bantuan mereka nyatakan..dari segi cek, pakaian, makanan and macam2 lagi.

RAKYAT MALAYSIA yang susah bagaimana? Bila timbul dikaca tv tentang keperitan hidup sesetengah rakyat yang susah..dimana mereka yang berlumba2 hendak menderma or membantu itu? Mujur jugalah ada yang sudi membantu..itu sudah baik. TAPI bila tentang rakyat diluar..masing2 jadi jaguh. Dengan rakyat sendiri, KENAPA mereka menyepi?

Mereka ini sudah seperti “KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN”.

-Jangan HANYA KERANA MENGEJAR NAMA-

Thursday, May 27, 2010

Vibram 5Fingers...




Kaki anda kini memerlukan suatu yang baru
Melekat dikaki dan boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti lasak
Bentuknya kelihatan seperti memakai stokin
Sambil berjalan tanpa kasut..

Memperkenalkan Vibram 5fingers..

Hanya Rm190..

Bagaimana hendak dapatkan???

ADD ShoppersBaz@ar's di Facebook anda...

Sunday, May 16, 2010

Perubahan dirasai..

Mata makin hari makin cerah
menantikan dunia yang baru
dimanekah perubahan yang akan berubah itu
kami semua menantikannya

sabarlah semua makhluk2 bumi
pertukaran itu makin terang
semakin ramai yang sedar tentang situasi semasa itu
yang tak berubah and mahu ditempat asal
biarlah mereka..

marilah kita merealisasikan bersama
Open your mind
Sudah terang lagi jelas
Jangan ikut nafsu

TANYALAH HATI ITU!!

Friday, May 14, 2010

Sambutan kencing manis..

Setelah diberi suatu tugasan...
Dia berlegar2 berkata "Ya..saya akan tunaikan bantu sana sini"..
Setelah lama duduk di kerusi itu...
Buntutnya terasa bahang kerana dana2 yg ada tak mencukupi...
Yang ada dimatanya.. S 11 S 11..money money..dimane ko maney..

Hatinya semakin hari bercelaru..
haruskah berada ditempat asal ataupun satu jalan yang mampu..
Jika keluar dari kelompok sekarang..
Pasti dapat banyak gula-gula...
Satu demi satu asakan ditonjol..
Kencing manis dihidap rata2 yang melompat...

Akhirnya lompatlah si katak itu...
Menjadi katak pisang..
Yang tak ada jati diri..
Nak cover banyak hutang yang tak tertanggung..
Pelbagai alasan diberi..
SIAPA MAHU PERCAYA ORANG TUKAR KAPAL?
Tapi siapa mahu percaya..

Diri sendiri itu sudah tiada pendirian..
Maka jadi katak itu lebih berpendirian..

Selamat berfroggy..

Monday, May 10, 2010

Responsibility kualiti Bersama~

Dunia berumahtangga...
bukanlah suatu dunia yang boleh digenggam dengan easy..
INGAT..sekali sudah terikat bersama..
pastikan dua2 pihak memainkan peranan..

Gunakan akal..
Jangan mengikut perasaan...
Fikir dulu sebelum melangsungkan sesuatu kehidupan bersama itu..

Bila sudah bersama..
kedua2 pihak perlu saling memahami..
mewujudkan suasana..kenapa mereka hendak bersama?

Jika berkahwin tapi tak melakukan segala tanggungjawab..
Apa gunanya? Hendak menyara keluarga tapi banyak berdalih?
Haish...fikirlah balik!!!
Kenapa harus ada title suami or isteri itu??

Jangan amalkan hidup itu sentiasa tahu..
Berlagak senang..
Sentiasa mahu menang..
Sifat gedebe menguasai diri..

Tidak ubah seperti...
"Ibarat ringan mulut bercakap, berat punggung untuk melakukannya"

Monday, May 3, 2010

Noktah dunia..

Aku..cubit pipi sendiri..
termenung...
Adakah kewujudan aku disedari...
Atau mungkinkah aku seekor KuMan..

*hanya membantu manusia2 itu dan meneruskan kerja2 itu sampai lebam..

Sunday, May 2, 2010

Lipas Kepanasan

Mereka..mmg menjalankan tugas membantu penduduk bumi..
pelbagai cabaran akan dihadapi mereka..
tapi aku tetap tidak puas hati..
kerana janji mereka seperti Cakap Senang Punggung Malas mahu bergerak..

bila ada ketidakpuasana hati dilaporkan..
mereka akan berkata secepat mungkin akan bertindak tapi itu semua janji2 manis..
jika rumah dikucar kacirkan perampok..
datang hanya bertanya tindakan akan sepi selepas itu..
bila rumah orang besar yang diporak perandakan dengan pantas mereka mengambil bukti..
menjanjikan akan diselesaikan secepat mungkin walaupun jumlah kehilangan hanya rm600..

adakah mereka hanya berkhidmat untuk rekaan depan penduduk bumi yang membanci mereka..
sedarkah mereka begitu yakin hendak menolong??
sekadar kerja mengumpul duit seperti Robin Hood..mintak sana sini..
baiklah bertaubat sudah..

Thursday, April 29, 2010

Stadium mengejar Sabtu..

Manusia yang bekerja..apabila mendengar 1mei..
itu adalah hari2 mereka berehat..
bersama keluarga..
teman2..kawan2 rapat..
or lebih kurang masa untuk berdua lebih baik tapi Itu bukan Aku~
HEHE...

Masa tersebut aku kejar bersama kawan2ku...
Menuju menggerakkan kaki ke tempat artis seberang yang bakal menggegarkan stadium Bukit Jalil..
Kaki akan menggerakkan mesin kenderaan untuk menuju ke destinasi on that day..

Aku terbayang mereka menyanyikan..

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku



UNGU...tunggu aku..hehe.
Yang aku tahu..mereka tinggal di Hotel depan rumahku.. :)

Tuesday, April 27, 2010

Mata itu TERPEGUN~

Bila apa2 jenis virus dah menyerang badan..
Selagi kita mampu melawannya..
tak perlulah kita ke hospital..
Tapi kalau dah tersangat tidak tertahan sicknya..
Gerakkanlah diri anda ke sana...

Last time aku admitted lama2 di hospital pon aku dah lupa bila...
kerana aku sangat2 menjauhkan diri n diminta agar dijauhkan sakit yg perlu terlantar itu..

Harini, aku pergi ke hospital menemani anak buahku..khaleef..
Demam itu sudah mengawal diri khaleef itu..
sehari aku disana..nasib lah..
nurse2 disana sangat2lah comel perwatakannya...
alamak..mata aku tak dapat lari..
kenapalah mereka semua putih2...
Putih putih putih...kenapa korang semua putih..
Senyum lak tak ingat..ish2..
Macam manelah patient2 dkat situ taknak balik..
Kerana pemandangan itu sangat BEST!! :p

*Mak aku pon tetibe berkenan nak kenalkan dengan aku..ish2..takde keje..haha

Saturday, April 24, 2010

Yang tidak dirancang~

Malam tadi..sekitar jam 9 malam..
Kawan2 aku ajak melepak dekat ngan Canai @ SS 15..
Terkejut ngan situasi disana..dimane Acap n Tadong follow skali..
Hehehe..tahniah kepada mereka kerana join aktiviti yang jarang2 diadakan..

Aku mendapat berita yang acap akan join training di Europe..
Oit..jangan lupe Ole2 bro..
Thanx gak bawak tauhu sumbat malam tadi..
Sedap gak!! haha...

Selepas itu..kaki menjalankan tugas memandu ke arah Kelana Jaya...
LepaQ cafe destinasi kami...sambil tadong ajak aku naik kete dia..testing kete turbo dia..
Sesampai disana...mmg lepak habis..haha..
BERSILA lah anda untuk menatap band yang sedang menyampaikan pesanan mereka..
Lalu diberitahu oleh band tersebut.. "u all ni tak alive la..bosan yek?? "
Yang aku ingat...lagu HARAPAN PALSU yang dimainkan memang best!!
Ditambah last skali..ada lagu Aerosmith, Hujan and Aizat...muahahaa..

Selesai sudah aktiviti melayan diri..
Pergerakan menuju ke i-City, Shah Alam..tapi tutup da...haha..kasehan..
Bergerak pula ke padang dekat masjid shah alam..lepak sana..
Ternampak WoOt Woot Woo..kete peronda datang lalu kelam kabut masuk kete..
Naseb tak ditutup jalan dulu..if not..haha..habis ditahan..
KAmi tak support rempit2 jalanan nie..
kami sekadar melepak melayan kengkawan..

Tanpa kawan2...dimana kehidupan itu..
Jika tiada yang mahu menemani~

Thanx korang!!


Friday, April 23, 2010

DowN down...Bergandakah kejatuhan itu?

Hidup ini, setahu aku...
Semua makhluk telah ditentukan story kiri dan kanannya..
Cuma yang mencorakkan dunia mereka itu...
Adalah mereka sendiri..

AKU SENDIRI...
Dah bermacam2 cacamarba dunia yang aku hadapi...
BaGi aku maybe...inilah balasan dunia...
Supaya tak jauh menyesatkan diri...
Apa dibuat ditunjuk depan mata..

Aku masih waras n mampu berdikari..
Say no to DRUGS, ALCOHOL, and yang penting...
Merokok itu takkan pernah pengaruhi aku..
Even wang ringgit dicurahkan...
Maruah itu masih aku menjaganya..
Kerana apa2 hubungan itu bukanlah seperti PLAYGROUND!!
Ia adalah masa depan~

Terima kasih juga..kerana lagu ni sangat memahami aku..

A.P.I - Pelita

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,

selagi hayat di kandung badan,

Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kanku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,

tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita, Ke Serata Dunia,
Seperti Cahaya…….


Wednesday, April 7, 2010

Aku perlukan suntikan blog..

Jari jemari menekan keyboard..mata menatap skrin yang kecil...sudah lama aku tak update ini blog rupanya..bagaimana hendak mula ya..hmm...mencari sedikit demi sedikit suntikan yg dapat kembalikan idea itu..hilangkah??

Aku memang anti dengan orang...
Yang always berfikiran dia adalah SENIOR...
So apa dia buat..semuanya betul..takda salah..
Staff yang dibawah nak tolong..tapi diperlekehkan..
Boleh meh ko nak hidup sorang2 dalam dunia ni tanpa bantuan orang?
Susah sangat nak terima idea2 orang lain?
Ko fikir orang lain bebal..ko lak camne?
Ingat orang suka sangat dengan perangai yang tak senonoh tuh!!

HIDUPLAH KO DENGAN DUNIA2 KO TUH..

Thursday, January 28, 2010

ceriakan suasana...

da lama gak aku xberblogging nih..hmm..
dimanekah idea itu...diculik?
xde coverage..??
yg pasti aku tetap disini..

lelagu yg aku pasti dengar everyday??
thanx to Grey Sky Morning 4 their PANCAROBA song..hehe..nice one..

Malam masih muda

Ikutkan rentaknya

Menari cha cha cha

Irama duka lara

Masa untuk bergembira

Hiburkanlah hati yg duka

Papa asal bergaya

Lupakan sengketa

Hidup mesti gembira

Jangan rosakkan jiwa

Usahlah kau lupa

Masa depan disana bahagia

Hidup ini penuh erti buat kita berdua

Lupakanlah segala- gala sengketa

Janganlah dikenang..kita bangkit semula

Agar kau dan aku hidup dengan bahagia

Inilah..kehidupan..pancaroba

Baik berpada-pada..jahat jangan sekali

Masih ada yang nanti untuk jadi pengganti

Mari kita berlari..

Berlari ke destinasi yang baru

Papa asal bergaya

Lupakan sengketa

Hidup mesti gembira

Jangan rosakkan jiwa

Usahlah kau lupa

Masa depan disana bahagia...