Friday, August 20, 2010

Ada Apa Dengan Nama..

Dalam Negara kita ini..dah ramai SuperHero2 yang masing2 mempunyai karikatur “Hulurkan tangan ringankan beban”. Pelbagai aktiviti diatur mereka demi menunjukkan keperihatinan dan menunjukkan Caring itu biarlah dari Heart. Rancangan2 seperti BersamaMu, Aduan Rakyat, dan berbagai lagi mencelah dicelah2 ruang rakyat yg susah hendak bernafas itu demi meringankan kehidupan asasi rakyat.

Tetapi berapa ramai yang betul2 sanggup membantu? Adakah ianya demi mengejar nama ataupun ianya adalah monolog yang telah diatur demi kehidupan politikus mereka itu. Hari demi hari berlalu, bermacam2 berita tentang kisah hidup manusia timbul di kotak cahaya yang bernama televisyen itu. Dari hitam putih sampailah sudah bercolour sekarang.

Yang paling memeriahkan majlis di Malaysia ini, akan dapat kita lihat bila ada Kisah2 manusia dari Palestin itu. Apabila Gaza diserang golongan Rejim Israel yang tidak berperikemanusian, dan rakyat yang teraniaya di Gaza memerlukan bantuan..berkejar-kejaran dapat dilihat Golongan yang senyap2 sebelum ini mengangkat tangan mahu menyumbang demi menunjukkan itulah keperihatinan mereka. Berebut-rebut bantuan mereka nyatakan..dari segi cek, pakaian, makanan and macam2 lagi.

RAKYAT MALAYSIA yang susah bagaimana? Bila timbul dikaca tv tentang keperitan hidup sesetengah rakyat yang susah..dimana mereka yang berlumba2 hendak menderma or membantu itu? Mujur jugalah ada yang sudi membantu..itu sudah baik. TAPI bila tentang rakyat diluar..masing2 jadi jaguh. Dengan rakyat sendiri, KENAPA mereka menyepi?

Mereka ini sudah seperti “KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN”.

-Jangan HANYA KERANA MENGEJAR NAMA-

No comments: