Tuesday, August 31, 2010

Sehelai Kain Buat Penganggur

Kemahuan muncul hendak mencari sesuatu

Disapa teman yang mahu ke jalan TAR

Seperti ketahuan apa yang muncul di fikiranku itu

Dimana ada kemahuan, di situ ada ajakan

Mengikut rentak JAM jalanan di malam Merdeka

Menapak jauh parking mencari arah tujuan itu


Berdesas desus mat motor berkerumun di jalanan

Aku perhati apalah motif hidup mereka sebenarnya

Berlegar2 membawa cewek masing2 dibelakang

Dengan bangganya mereka mengikat bendera Malaysia di badan


Pencarian aku teruskan

Selepas sekian lama tidak mencari baju Melayu baru

5 tahun menahan kehendak diri

Jumpa jua apa yang ku cari

Dikatakan teman, berbelanja itu "biarlah mcm org takde duit"

Keseronokan aku hendak membeli sampai 2pasang..aku saja2 bergurau mahu

COLOUR Alam rimba juga pilihan aku

Niat aku hendak kain baru tercapai jua


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma~

No comments: